Masjid Kampung Tunku

Masjid Kampung Tunku

Lokasi
Masjid Kampung Tunku, beralamat No.7, Jalan SS1/31 Kg. Tunku, Petaling Jaya telah siap dibina pada September 2003.
You are here:Home arrow Hukum Berpuasa
  •  | av |
  • a |
  • a^ |
Hukum Berpuasa PDF Print E-mail
Written by Admin Young   
Sunday, 18 May 2008

Berpuasa pada bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan puasa nazar.

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:

  • Puasa enam hari pada bulan Syawal
  • Puasa Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
  • Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
  • Puasa Isnin dan Khamis
  • Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 tiap-tiap bulan

Tempoh haram puasa merupakan tempoh tertentu yang umat Islam dilarang (diharamkan) berpuasa.