Bina Kuil Sebelah Masjid? 





| Sesuaikah Kuil Hindu Dibiar Dibina Sebelah Masjid? |
|
|
|
| Written by Webmaster | |
| Tuesday, 11 March 2008 | |
|
6 Mac 2008 Sebagai Nazir Masjid Ar-Rahman Kampung Tunku, saya mengambil kesempatan untuk mengulas pandangan Professor Dr Chandra Muzaffar yang diterbit oleh New Straits Times-March 4, 2008, muka 8. “He (Prof Muzaffar Chandra) said many people did not remember the role Anwar played resolving the Kampung Jawa clash between Hindus and Indian Muslims in Penang. He said, “He (Anwar) would make sure the temple bells would not ring in the country anymore if his dictum was not accepted”, Chandra said. Situasi dimana sebuah rumah ibadat bukan Islam bersebelahan masjid tidak boleh dibenarkan wujud kerana tentu sekali akan membawa kepada perbalahan. Contohnya ialah ura-ura beberapa orang hindu yang cuba mendirikan sebuah kuil Hindu tidak jauh dari Masjid Ar-Rahman Kg Tunku, Jalan SS1/31, Petaling Jaya telah berlaku pertengahan tahun 2007 dan jika diteruskan akan membawa kepada perbalahan. Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman telah merayu kepada bekas wakil rakyat-Dewan Undangan N35, Kampung Tunku iaitu YB Dato’ Wong Sai Hou untuk membina kuil tersebut dan atas usaha beliau dan lain-lain, kerja itu diberhentikan walaupun masih ada tiang dan sebahagian dinding masih tercacak. (Adakah ini petanda mereka yang ingin membentuk kuil tersebut akan datang semula untuk menyiapkan kuil tersebut?) Jika ini berlaku, perbalahan akan menjadi diantara mereka iaitu penduduk Islam Flat Taman Aman dan penduduk Islam Kg Tunku. Maka dengan itu, saya dengan tegas menyuara perkara ini bukan menyebelahi mana-mana individu politik, tetapi menyatakan seperti berikut: 1. Lebih baik tegas dalam hal kedudukan Islam sebagai agama rasmi. 2. Dalam kes kemungkinan diteruskan pembinaan kuil dekat Masjid Ar-Rahman Kg Tunku, semua pihak hendaklah memegang prinsip iaitu Islam sebagai agama rasmi hendaklah dihormati dan perkara yang boleh membawa perbalahan dalam kes ini, mereka terlibat mahu membina kuil itu hendaklah berundur dan beralah. Dengan demikian pandangan yang dibawa oleh Professor Dr Chandra Muzaffar yang boleh menghakis kedudukan Islam dengan masjid sebagai simbolnya tidak boleh dibiar seolah-olah diterima bulat-bulat oleh orang Islam. Dato’ Zainal Abidin Noordin Nazir Masjid Ar-Rahman Kg Tunku |
|
| Last Updated ( Saturday, 15 March 2008 ) |
| Fajr | 05:58 AM |
| Sunrise | 07:06 AM |
| Dhuhur | 01:12 PM |
| Asr | 04:19 PM |
| Maghrib | 07:17 PM |
| Isha | 08:22 PM |
| Fri, Sep 10th, @1:15pm - 01:40PM Khutbah Jumaat |
| Sat, Sep 11th, @7:45pm - 08:30PM Ilmu Tasauf |
| Fri, Sep 17th, @1:15pm - 01:40PM Khutbah Jumaat |
| Sat, Sep 18th, @7:45pm - 08:30PM Ilmu Tasauf |

| Info Zakat |
| Jenis Zakat |
| Cara Bayaran |
| Kalkulator Zakat |
| Skim Potong Gaji |
| Urusan Haji |
| Bimbingan Haji |
| Jenis Haji |
| Bimbingan Umrah |
| Dam |
| Ziarah Madinah |