Masjid Kampung Tunku

Masjid Kampung Tunku

Lokasi
Masjid Ar-Rahman Kampung Tunku, beralamat No.7, Jalan SS1/31 Kg. Tunku, Petaling Jaya telah siap dibina pada September 2003.
You are here:Home arrow Aktiviti
  •  | av |
  • a |
  • a^ |
Aktiviti
HARI RAYA KORBAN PDF Print E-mail
Written by masjid   
Saturday, 06 December 2008

ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH WABARAKATU........

Sempena Hari Raya Korban Masjid Ar-Rahman Kampung Tunku akan mengadakan Solat Sunat Aidil Adha pada 8/12/2008 bersamaan 10 Zulhijjah hari Isnin

jam 8.30 pagi bertempat di Masjid Ar-Rahman Kampung Tunku,selepas solat sunat AidilAdha Majlis Korban akan diadakan,kepada semua Ahli kariah dan

peserta yang mengambil bahagian dalam ibadah korban di jemput hadir beramai-ramai untuk menjayakan majlis tersebut.

sekian terima kasih.

 

 
Hidup Sihat PDF Print E-mail
Written by amirulkhairi   
Friday, 14 March 2008

 

Taichi

 

Amalan senaman Tai Chi ini diadakan 3 kali seminggu bermula pada pukul 7.00 pagi. Senaman ini diadakan oleh RIASNITA di bawah Biro Wanita Masjid. Yuran sebanyak RM5 sebulan dikenakan dan bayaran boleh dilakukan secara bulanan atau tahunan.

Aktiviti ini sememangnya sesuai bagi mereka yang mahukan senaman yang berbentuk perlahan tetapi berkesan.

Last Updated ( Tuesday, 20 May 2008 )
 
Bersantai Sambil Belajar PDF Print E-mail
Written by amirulkhairi   
Friday, 14 March 2008

 

Morning coffee

 

Siri Ceramah Kesihatan dalam aktiviti "Morning Coffee" telah diadakan sekurang-kurangnya 3 kali pada tahun lepas, 2007.

Pada bulan Januari 2007, penceramah jemputan ialah YBhg Dato Dr Johari. Pada bulan Mac 2007, penceramah jemputan adalah YBhg Datin Dr Nik Asmah Nik Hussin, seorang pakar jantung dari Monash University di Sunway Lagoon dan Visiting Professor di University of Malaya medical Centre. Penceramah ketiga ialah Dr Abdul Aziz yang bercakap mengenai "Anti Penuaan dan Mengapa Ubat-ubatan Membunuh Kita".

Bayaran untuk "Morning Coffee" ialah RM7 seorang bagi menampung kos sarapan pagi. 

Last Updated ( Tuesday, 20 May 2008 )
 
Akademik Pelajar PDF Print E-mail
Written by amirulkhairi   
Friday, 14 March 2008

 

didik

 

Beberapa kelas pendidikan telah dibentuk bagi membantu pelajar-pelajar meningkatkan kemahiran mereka. Kelas pendidikan ini diadakan secara percuma. Berikut adalah antara kelas pendidikan yang diadakan di Masjid:

Kelas Bahasa Inggeris

Tujuan kelas Bahasa Inggeris in diadakan bagi memantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan anak-anak melayu. Kelas Bahasa Inggeris diadakan pada hari Sabtu jam 11 pagi bagi pelajar sekolah rendah dan hari Ahad jam 11 pagi bagi pelajar sekolah menengah

Kelas Bimbimngan Sains

Kelas BimBingan Sains diadakan pada hari Ahad. Buat masa ini kelas in dibuka kepada pelaja-pelajar sekolah rendah sahaja.

Kelas Komputer

Kelas Komputer diadakan pada setiap cuti sekolah. Kelas ini dibuka kepada semua golongan dan diadakan di Pusat Sumber Masjid Ar-Rahman Kampung Tunku.

 

Pihak Masjid mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak yang sudi memberi sumbangan dalam apa sahaja bentuk bagi menjayakan program Kelas Pendidikan ini.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, sila hubungi Puan Zainah 012-212 0072

 

 

Last Updated ( Tuesday, 20 May 2008 )
 
Meningkatkan Semangat Anda PDF Print E-mail
Written by amirulkhairi   
Friday, 14 March 2008

 

motivasi

 

Masjid Ar-Rahman Kampung Tunku turut mengadakan program motivasi untuk ahli kariah. Buat masa ini golongan sasaran adalah pelajar-pelajar darjar 5 & 6, bagi membantu mereka membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan UPSR. Pihak masjid sangat mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menganjurkan program motivasi bagi meningkatkan lagi semangat ahli-ahli kariah Masjid Kampung Tunku.

Last Updated ( Tuesday, 20 May 2008 )
 

Masihi dan Hijriah

Isnin, 06 September 2010 >> 27 Ramadhan 1431 Hijriah

Waktu Sembahyang

Fajr 05:58 AM
Sunrise 07:06 AM
Dhuhur 01:12 PM
Asr 04:19 PM
Maghrib 07:17 PM
Isha 08:22 PM

Aktiviti Terkini

Fri, Sep 10th, @1:15pm - 01:40PM
Khutbah Jumaat
Sat, Sep 11th, @7:45pm - 08:30PM
Ilmu Tasauf
Fri, Sep 17th, @1:15pm - 01:40PM
Khutbah Jumaat
Sat, Sep 18th, @7:45pm - 08:30PM
Ilmu Tasauf

Khidmat Masjid

quran
hadith
kedai
derma
kahwin
ezakat

Rakan Masjid

Rakan Masjid