Masjid Kampung Tunku

Masjid Kampung Tunku

Lokasi
Masjid Kampung Tunku, beralamat No.7, Jalan SS1/31 Kg. Tunku, Petaling Jaya telah siap dibina pada September 2003.
You are here:Home
  •  | av |
  • a |
  • a^ |
Hari Assyura
Written by masjid   
Wednesday, 21 November 2012
Assalamualaikum  wm. wt.  Seluruh  Ahli  Kariah  dan  warga  Kg. Tunku  dijemput  hadir  mengikuti  ceramah  bersempena  memperingati  peristiwa  Assyura  dengan  tajuk ' Sejarah  dan  Falsafah  Hari  Assyura '  ceramah  akan  disampaikan  oleh  YM  Ustaz  Dr. Zaki  b.  Berahim  pada  23/11/12 ( hari  Jumaat ) selepas  Solat  Maghrib  dan  bacaan  Surah  Yaasin , pihak  Masjid  mengalu-alukan  kehadiran  muslimin  dan  muslimat , harap  maklum  dan  terima kasih .
 
Program Cuti Sekolah
Written by masjid   
Saturday, 17 November 2012

Assalamualaikum  wm. wt. 

Biro  Pemuda  &  Remaja  Masjid  Kg. Tunku  akan  menganjurkan  satu  program  bagi  mengisi  masa  luang  anak-anak  dan  remaja  di musim  cuti  sekolah  kali  ini. Program  ini  yang  dinamakan  Senjata  Mukmin  akan  dibimbing  oleh  Ustaz  Hj. Mohd. Effandi  b.  Mat  Isa , Imam ll  Masjid  Kg. Tunku .

Program  ini  bermula  dari  19hb  November  hingga  7hb  Disember 2012

Jam 9.00 pagi - 11.30 pagi , setiap  hari  Isnin,Selasa,Rabu  dan Khamis

Pengisian  Program ;  Solat  Dhuha  berjemaah , hafazan  Doa dan  Zikir  Penerang  Hati dan  Fardhu  Ain.

Pendaftaran  sila  hubungi ; i. Hj. Azmi  012 3191894   ii. Hj. Amiruddin  019 2132132

Yuran  Pendaftaran  ;  Rm 20.00 seorang.

* Minum  pagi  akan  disediakan . 

 
ceramah maal hijrah 1434h ym ustaz rahimi
Written by masjid   
Thursday, 15 November 2012

Last Updated ( Saturday, 17 November 2012 )
 
MAAL HIJRAH
Written by masjid   
Wednesday, 14 November 2012

Assalamualaikum
 
Muharram datang lagi, bermakna setahun telah pun berlalu. Semoga kita semua berpuas hati dengan amalan-amalan yang telah kita lakukan dan berdoa agar amalan kita diterima oleh Allah swt. Namun kita juga berharap tahun baru ini akan menguatkan lagi azam kita untuk mempertingkatkan amalan dan memperbaikki diri kita.
 
 Sepanjang tahun Hijrah 1433 masjid telah menjalankan berbagai aktiviti yang dikelolakan oleh Biro-biro sedia ada. Tahun itu juga akan diingati sebagai tahun di mana masjid melengkapkan penghawa dingin untuk keselesaan para jemaah. Pemasangan hawa dingin ini telah lama dirancang. Alhamdulillah, menjelang tahun baru baru ianya dapat direalisasikan. Saya dan semua AJK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para dermawan yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan projek ini.
 
Tahun baru ini akan menyaksikan banyak lagi program yang akan dijalankan. Buat permulaan Biro Pendidikan akan mengadakan pendaftaran pelajar untuk kelas tuisyen tidak lama lagi. Ibubapa yang berminat boleh berhubung dengan Ketua Biro Pendidikan.
 
Satu program baru juga akan diperkenalkan iaitu kelas Bahasa Arab yang akan menekankan pertuturan Bahasa arab di tahap permulaan. Kelas ini akan dikendalikan oleh salah seorang kariah kita yang pakar dan fasih berbahasa Arab. Kelas ini terbuka kepada golongan dewasa, lelaki dan wanita dan juga golongan muda. Untuk maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan Ketua Biro Ibadah atau Nazir.
Saya berharap kelas ini akan mendapat sambutan daripada kariah kita.
 
 Wassalam. Selamat Menyambut Maal Hijrah
 
Nazir 
 
 
 
 
 
 
Last Updated ( Friday, 16 November 2012 )
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Results 1 - 5 of 6

Masihi dan Hijriah

Ahad, 26 2013 >> 16 Rejab 1434 Hijriah

Waktu Sembahyang

Fajr 05:48 AM
Sunrise 07:01 AM
Dhuhur 01:11 PM
Asr 04:36 PM
Maghrib 07:19 PM
Isha 08:29 PM

Khidmat Masjid

quran
hadith
kedai
derma
kahwin
ezakat

Rakan Masjid

Rakan Masjid

Dari Meja Nazir

Bina Kuil Sebelah Masjid?

Login






Lost Password?
No account yet? Register

Perkhidmatan Islam

maxis