Masjid Kampung Tunku

Masjid Kampung Tunku

Lokasi
Masjid Ar-Rahman Kampung Tunku, beralamat No.7, Jalan SS1/31 Kg. Tunku, Petaling Jaya telah siap dibina pada September 2003.
You are here:Home
  •  | av |
  • a |
  • a^ |
Program Muhibah, Ahad 9/8/2008
Written by Amirul Khairi   
Friday, 07 August 2009
Salam

Pada hari Ahad, 9 Ogos 2008 akan diadakan Program Muhibah
anjuran PERKIM dan Masjid Kampung Tunku

Tujuan program ini adalah bagi merapatkan ukhwah dengan saudara/i
Islam. Semua ahli qariah dijemput bagi memeriahkan majlis.

Berikut merupakan tentatif program:

8.30 Pendaftaran, Tai Chi, Bengkel Membuat Kuih Zhang, Pau, Dumpling
10.00 Ceramah 1/Sesi Soal Jawab
11.30 Minum Pagi
11.45 Ceramah 2/Sesi Soal Jawab
1.20 Solat Zuhur, Makan Tengahari, Bersurai

Semoga segala usaha kita diberkati.

Terima kasih.
Last Updated ( Friday, 07 August 2009 )
 
HARI RAYA KORBAN
Written by masjid   
Saturday, 06 December 2008

ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH WABARAKATU........

Sempena Hari Raya Korban Masjid Ar-Rahman Kampung Tunku akan mengadakan Solat Sunat Aidil Adha pada 8/12/2008 bersamaan 10 Zulhijjah hari Isnin

jam 8.30 pagi bertempat di Masjid Ar-Rahman Kampung Tunku,selepas solat sunat AidilAdha Majlis Korban akan diadakan,kepada semua Ahli kariah dan

peserta yang mengambil bahagian dalam ibadah korban di jemput hadir beramai-ramai untuk menjayakan majlis tersebut.

sekian terima kasih.

 

 
Pelawaan Khidmat Qurban Sempena Hari Raya Qurban 1429H
Written by Amirul Khairi   
Thursday, 30 October 2008

Pelawaan untuk mengambil bahagian dalam sebut harga untuk kerja membekal keperluan qurban sempena Hari Raya Qurban pada 8 Disember 2008 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1429H di Masjid Ar-Rahman Kampung Tunku, No.7, Jalan SS1/31, Kampung Tunku, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel/Faks: 03-7876 0658 W: www.MasjidKampungTunku.com E: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Skop kerja
1.    Membekal binatang qurban (lembu dan/atau kambing)
2.    Menyediakan lubang untuk kotoran isi perut binatang qurban
3.    Menyumbang dan menyembelih binatang qurban di kawasan Masjid Ar-Rahman Kg. Tunku
4.    Melapah dan membersih isi perut binatang qurban
5.    Menanam kotoran isi perut di tempat yang disediakan.
6.    Membersihkan kawasan penyembelihan binatang qurban

Kepada pihak yang berminat, sila hantarkan sebut harga dan maklumat yang diperlukan seperti diatas. Pihak yang berminat juga dijemput untuk melihat tapak penyembelihan dan persiapan qurban yang diperlukan.
Sebutharga hendaklah disampaikan 1 minggu dari tarikh pelawaan ini 29/10/2008 ke alamat diatas.

Yang bertugas,

Dr. Haji Basir b. Rakim
Ketua Biro Qurban
Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman
E: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
T: 012 231 0756

Last Updated ( Thursday, 30 October 2008 )
 
KERJA KOSONG: JAWATAN PEGAWAI TADBIR & IMAM II
Written by Amirul Khairi   
Thursday, 30 October 2008
MASJID AR-RAHMAN KAMPUNG TUNKU
NO.7, JALAN SS1/31, KG. TUNKU, 47300 PETALING JAYA
Tel/Faks: 03-7876 0658 W: www.MasjidKampungTunku.com E: This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

KERJA KOSONG:   
JAWATAN: PEGAWAI TADBIR & IMAM II

Kelayakan:
1.    Warganegara Malaysia lelaki berumur di antara 22 tahun hingga 40 tahun
2.    Kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dari universiti tempatan atau lain-lain universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan
3.    Berkebolehan menghafaz Al-Quran sebahagiannya
4.    Mempunyai kemahiran komputer seperti Microsoft Word, Excel & Powerpoint dan mempunyai kemahiran menggunakan internet.

Imbuhan:
1.    Gaji permulaan ialah sebanyak RM1,400.00 sebulan di atas tanggagaji RM1,400.00 x RM60.00 – RM2,000.00 sebulan
2.    Elaun perumahan sebanyak RM300.00 sebulan
3.    Elaun Letrik & Air sebanyak RM100.00 sebulan
4.    Elaun JAKIM sebanyak RM400.00 sebulan (selagi berkuatkuasa)
5.    Caruman kepada KWSP mengikut kadar yang ditetapkan

Semua permohonan yang mengandungi biodata yang lengkap beserta dengan salinan Sijil-sijil/Ijazah dan sekeping gambar hendaklah sampai ke alamat seperti di atas sebelum 10.11.2008

 

Masihi dan Hijriah

Jumaat, 30 Julai 2010 >> 18 Syabaan 1431 Hijriah

Waktu Sembahyang

Fajr 06:00 AM
Sunrise 07:11 AM
Dhuhur 01:20 PM
Asr 04:43 PM
Maghrib 07:28 PM
Isha 08:37 PM

Aktiviti Terkini

Fri, Jul 30th, @1:15pm - 01:40PM
Khutbah Jumaat
Sat, Jul 31st, @7:45pm - 08:30PM
Ilmu Tasauf
Fri, Aug 6th, @1:15pm - 01:40PM
Khutbah Jumaat
Sat, Aug 7th, @7:45pm - 08:30PM
Ilmu Tasauf

Khidmat Masjid

quran
hadith
kedai
derma
kahwin
ezakat

Rakan Masjid

Rakan Masjid